Format Rancangan Big_Stage_(musim_3)

Seramai 12 bintang BBNU yang terdiri daripada 8 bintang lelaki dan 4 bintang wanita bersaing dan berentap di pentas utama Big Stage yang berlangsung selama 8 minggu untuk musim ketiga. Peserta lelaki terdiri daripada Azzam Sham, Qody Rani, Usop, Hafiz Zainal, Yamani Abdillah, Fadh Majid, Dinie Rashid, dan Amir Hasan. Manakala peserta perempuan ialah Nanasheme, Farisha Iris, Hanie Soraya dan Sandra Dianne.

Tiga ikon muzik tersohor tanah air Faizal Tahir, Ajai dan Dayang Nurfaizah telah dilantik selaku juri tetap untuk musim ketiga ini. Sementara itu, seorang juri jemputan juga akan diundang khas secara bergilir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap untuk mengadili persembahan. Alif Satar dan Sherry Alhadad menggalas tugas sebagai pengacara konsert mingguan Big Stage. Live Plus Big Stage pula, Radin yang merupakan Personaliti dari ERA bergandingan bersama Isha Norsham menjadi pengacara untuk belakang tabir manakala Studio Big Stage dikendalikan oleh Sissy Imann & Neeta Manishaa menjadi pengacara untuk kapsul harian serta perkembangan bintang-bintang Big Stage membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan. Tambahan pula, tiga selebriti iaitu Neelofa, Caprice, dan Michael Ang telah dipilih menjadi Presiden Netizen yang berperanan memberi pandangan dari mata penonton.